Sha Hor Fun Guang Zhou (Kanton di China) tulen yang terkenal dan dibuat dengan air gunung berasal daripada Pekan Sha Hor.
 

“Kualiti Terjamin” merupakan simbol reputasi baik kami. Mulai dari pemilihan bahan mentah dan proses pengilangan sehingga pembungkusan......
 
     
   
     
     
 

“Ipoh Kueh Teow” yang terkenal itu merupakan sejenis makanan istimewa yang dibanggakan oleh penduduk-penduduk Ipoh. “Ipoh Kueh Teow & Noodles Sdn Bhd” disanjung sebagai jenama lama yang paling dipercayai dalam perniagaan Ipoh Kueh Teow atau Sha Hor Fun dan dianggap sebagai salah satu pengilang Kueh Teow yang terbesar di negara ini.

“Ipoh Kueh Teow & Noodles Sdn. Bhd.” terletak di Kawasan Perusahaan Jelapang, Ipoh, Perak, Malaysia. Selepas diperkenalkan beberapa inovasi dan inisiatif, pengeluaran kami kini dijalankan dengan sistem automasi serta dilengkapi dengan beberapa tertib pengeluaran yang termasuk tertib pengeluaran untuk Kueh Teow, Chee Cheong Fun, Mi Kuning dan Low She Fun.

Kami mempunyai staf beberapa puluh bilangannya dan beberapa buah kenderaan khas untuk menghantar produk kepada semua sasaran jualan. Semua mereka berada dalam tempat yang teratur dan memainkan peranan masing-masing agar Sha Hor Fun yang nipis, kenyal, licin, lazat dan segar dihantar ke pelanggan-pelanggan setiap hari. Rangkaian jualan  kami meliputi Pulau Pinang, Seberang Perai di utara, Perak di tengah, Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Johor dan lain-lain.

Usaha kami dalam tahun-tahun yang lepas telah berjaya membuka suatu pasaran yang terdiri daripada berbagai-bagai pelanggan seperti penjaja, restoran Cina, restoran barat, restoran hotel, kedai makan makanan laut dan sebagainya. Oleh kerana kualiti kami telah mendapat pengiktirafan pelanggan-pelanggan dalam pelbagai sektor, “Ipoh Kueh Teow” menjadi satu-satunya pembekal Kueh Teow yang ditetapkan oleh sesetengah kumpulan makanan dan minuman yang terkenal di negara ini. 

Sudah pasti “Ipoh Kueh Teow” telah menjadi jenama sebutan ramai. Namun begitu, kami masih berada dalam “Peringkat Perkembangan” perniagaan kami. Kami mempunyai pengalaman yang banyak dalam bidang ini dan terdapat juga prinsip-prinsip yang baik, semangat yang kuat serta falsafah pengurusan. Kami mengalu-alukan anda memahami kami lebih lanjut dengan membaca cerita perkembangan kami.

 
  Copyright 2009 by Ipoh Kueh Teow & Noodles Sdn. Bhd.
All Rights Reserved.