Sha Hor Fun Guang Zhou (Kanton di China) tulen yang terkenal dan dibuat dengan air gunung berasal daripada Pekan Sha Hor.
 

Seperti yang diketahui ramai, “Ipoh Kueh Teow” (juga dikenali sebagai Ipoh Sha Hor Fun dalam Kantonis) disanjung sebagai Sha Hor Fun yang paling baik di negara ini.
 
     
   
     
     
 

Prinsip-prinsip Kami:

“Kualiti Terjamin” merupakan simbol reputasi baik kami. Mulai dari pemilihan bahan mentah dan proses pengilangan sehingga pembungkusan dan pengangkutan produk, “Kualiti Terjamin” sentiasa menjadi pertimbangan pertama kami untuk memastikan pelanggan dan penggemar makanan di kedai-kedai makan sentiasa dapat menikmati kualiti yang paling baik. Itulah reputasi yang kami berusaha untuk mencapai dalam tahun-tahun yang lepas.

Pengilangan makanan yang sihat merupakan salah satu prinsip pedoman kami. Sudah pasti produk-produk kami boleh memenuhi kehendak-kehendak keselamatan. Tetapi, kami terus berusaha untuk mengeluarkan dengan berperingkat-peringkat “makanan organik”, iaitu Sha Hor Fun organik dengan menggunakan kemudahan-kemudahan yang sedia ada.


Matlamat-matlamat Kami:

Kami pengilang Sha Hor Fun seperti pengilang-pengilang yang lain. Tetapi kebanyakan proses pengilangan kami telah dilakukan oleh kelengkapan automatik. Walau bagaimanapun, kami tidak berasa puas dengan mengekalkan status quo sahaja dan
bertekad mengadakan pelarasan yang perlu atau menambahkan tertib pengeluaran demi keperluan pasaran yang sering berubah.

Untuk perkembangan jangka panjang perniagaan kami, Syarikat kami telah menetapkan sasaran-sasaran jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. Sebagai contoh, kami telah menyediakan strategi
untuk merancangkan rangkaian jualan
keseluruhan dan mengembangkan
pasaran yang sedia ada dengan
beransur-ansur sehingga setiap
orang di negara ini dapat menikmati
Ipoh Kueh Teow di mana-mana sahaja.

 
  Copyright 2009 by Ipoh Kueh Teow & Noodles Sdn. Bhd.
All Rights Reserved.