“Kualiti Terjamin” merupakan simbol reputasi baik kami. Mulai dari pemilihan bahan mentah dan proses pengilangan sehingga pembungkusan......
 

Seperti yang diketahui ramai, “Ipoh Kueh Teow” (juga dikenali sebagai Ipoh Sha Hor Fun dalam Kantonis) disanjung sebagai Sha Hor Fun yang paling baik di negara ini.
 
     
   
     
     
 

Sha Hor Fun Guang Zhou (Kanton di China) tulen yang terkenal dan dibuat dengan air gunung berasal daripada Pekan Sha Hor. Berikut ialah kisah Sha Hor Fun disebarkan di Sha Hor yang melibatkan seorang lelaki tua yang misterius.

Pada hujung Dinasti Qing (Ching), terdapat sebuah kedai makan “Yi He Ju” di Pekan Sha Hor yang diusahakan oleh sepasang suami-isteri. Mereka menjual bubur dan nasi. Tuan punya kedai Ah Heong ialah seorang jujur dan bermurah hati yang sudi menolong orang miskin yang lapar dalam kawasan itu dengan memberi mereka semangkuk bubur atau nasi.

Pada suatu hari, seorang lelaki berusia lanjut dan berpakaian koyak rabak datang ke pekan itu. Oleh kerana ia terlalu letih untuk berjalan lagi ketika sampai di depan pintu “Yi He Ju”, ia duduk di situ berehat. Melihat orang tua itu berpeluh banyak kerana kelaparan, Ah Heong pun meminta isteri memberikan semangkuk bubur kepadanya. Orang tua itu teragak-agak untuk menerima bubur kerana tidak mampu membayar. Setelah diberitahu oleh Ah Heong yang bubur itu diberikan percuma, ia pun menghabiskannya dengan sekali gogok.

Sejak itu, orang tua itu mencari tempat penginapan di sebuah kuil uzur berdekatan  Ia mengunjungi Yi He Ju tiap-tiap hari untuk mendapatkan makanan selepas perniagaan kedai tutup. Pasangan suami-isteri yang baik hati itu tidak membencinya. Selepas beberapa lama, persahabatan antara mereka pun terjalin. Orang tua sering memberikan panduan kepada pasangan suami-isteri itu untuk memasak makanan enak sehingga perniagaan Yi He Ju pun bertambah baik.

Pada waktu tengah hari suatu hari, orang tua itu tiba di kedai selepas perniagaan  tutup. Oleh kerana Ah Heong tidak berada di kedai, orang tua pun bertanyakan sebabnya kepada isteri Ah Heong. Isteri Ah Heong memberitahu bahawa Ah Heong  jatuh sakit selepas memakan sesuatu yang tidak sesuai malam tadi.

Ah Heong keluar dari bilik tidurnya selepas mendengar suara orang tua. Isteri tanya sama ada Ah Heong hendak makan. Ah Heong menggeleng kepala. Walau bagaimanpun akhirnya Ah Heong bersetuju makan sedikit bubur putih setelah dinasihati oleh isterinya.

Orang tua kemudian mencadangkan kepadanya supaya memakan ‘bihun’ kukus sebagai ganti. Orang tua mula menyediakan makanannya dengan membubuh beras terkisar ke dalam sebuah bekas buluh yang diletakkan ke dalam sebuah kuali untuk dikukus. Sekejap kemudian, ‘kulit bihun’ yang masak itu dikeluarkan dan dipotong dengan mahir ke dalam kepingan kecil yang kemudiannya dimasukkan bahan perasa seperti minyak, garam dan bawang. Dua mangkuk ‘bihun’yang berbau harum sudah siap di depan Ah Heong.
Setelah makan ‘bihun’ itu, Ah Heong walaupun lemah sebelum ini, telah memulihkan tenaganya. Ia tanya orang tua tentang nama ‘bihun’ itu. “Ini cuma percubaan saya. Saya belum menamakannya.”  Isteri Ah Heong mencadangkan nama Sha Hor Fun (Bihun Sha Hor) kerana ia dicipta di Pekan Sha Hor. Cadangan ini diterima.

Ah Heong terhutang budi kepada orang tua yang telah menunjukkan kemahirannya untuk memasak. Ia meminta orang tua supaya berpindah dari kuil uzur itu dan tinggal di kedai bersamanya. Ia juga mencadangkan supaya orang tua mengambilnya sebagai anak angkat dan memberinya panduan memasak. Orang tua bersetuju dengan gembira.

Pada hari keesokannya, Ah Heong menyediakan makanan khas untuk menyambut kedatangan bapa angkatnya. Ia amat kecewa kerana orang tua tidak muncul langsung sehingga hari sudah suntuk. Ia pergi ke kuil berkenaan mencari orang tua tetapi tidak berjaya. Segala usaha untuk mengesan orang tua pun gagal dan orang tua telah menghilangkan diri begitu sahaja sejak itu.

Air yang berkualiti baik dari Gunung Awan Putih menjadikan Sha Hor Fun nipis, kenyal, licin dan enak. Sejak itu, Kedai Yi He Ju ‘ menghusus dalam pengeluaran Sha Hor Fun yang diajar oleh orang tua dengan menggunakan air asli dari gunung.

Penduduk-penduduk serta peniarga-peniarga yang datang ke pekan ini sering mengunjungi “Yi He Ju” untuk Sha Hor Funnya. Oleh itu, perniagaan kedai itu berkembang dengan baik. Kedai-kedai yang lain dalam kawasan itu pun mengikuti jejaknya. Akhirnya, Sha Hor Fun menjadi makanan istimewa Pekan Sha Hor.

Itulah kisah Sha Hor Fun di Pekan Sha Hor, China. Air yang
didapati di Ipoh, Perak, Malaysia juga mempunyai kualiti
yang serupa. Terdapat juga cerita pertumbuhan
“Ipoh Kuey Teow” yang mungkin
menarik minat anda.

 
  Copyright 2009 by Ipoh Kueh Teow & Noodles Sdn. Bhd.
All Rights Reserved.