Sesuatu enterpris perlu mengikuti perkembangan-perekembangan yang terbaru  untuk mencapai pertumbuhan  Sungguhpun kemudahan fizikal dapat meningkatkan......
 

“Kualiti Terjamin” merupakan simbol reputasi baik kami. Mulai dari pemilihan bahan mentah dan proses pengilangan sehingga pembungkusan......
 
     
   
     
     
 

Seperti yang diketahui ramai, “Ipoh Kueh Teow” (juga dikenali sebagai Ipoh Sha Hor Fun dalam Kantonis) disanjung sebagai Sha Hor Fun yang paling baik di negara ini. Sesetengah warung makan yang menjual “Tauge dan Ayam” (biasanya dikenali sebagai Nga Choy Gai) atau Kueh Teow Goreng bersaing antara mereka dengan menyatakan bahawa Sha Hor Fun yang dijual mereka ialah Ipoh Kueh Teow. Jelaslah gourmet-gourmet memandang tinggi Ipoh Kueh Teow dan mereka dapat membezakannya daripada yang lain berdasarkan kualitinya.

Sebagai pengilang yang mengkhusus dalam pembuatan Sha Hor Fun (Kueh Teow), kami mempunyai piawai tinggi untuk kualiti. Sha Hor Fun yang sempurna mesti lembut, licin, nipis dan kenyal dan yang paling utama, terdapat keharuman beras dalam mulut ketika dimakan.

Kami sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan kualiti. Sementara itu, kami juga menitikberatkan tekstur makanan dan kepuasan pelanggan. Ini merupakan sebab mengapa kami amat responsif terhadap maklum balas daripada pelanggan-pelanggan  dalam tahun-tahun yang lepas.

Kualiti Ipoh Sha Hor Fun yang disanjung tinggi itu berpunca daripada kualiti air yang baik di Ipoh. Di negeri China, Sha Hor Fun yang dibuat oleh sebuah kedai makan “Yi He Ju” dan telah mencatatkan namanya dalam sejarah berpunca daripada mata air dari “Mata Air Sembilan Naga” di Gunung Awan Putih. Kejayaannya juga didatangkan oleh kualiti air seperti Ipoh Sha Hor Fun.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, sementara mengeluarkan Sha Hor Fun yang bermutu tinggi, kami juga cuba memenuhi keperluan komuniti-komuniti yang lain. Pada tahun 2007, kami telah diberi Sijil Halal yang membolehkan penganut-penganut Islam menikmati Ipoh Kueh Teow tanpa sebarang keraguan terhadap kehalalannya.

 
  Copyright 2009 by Ipoh Kueh Teow & Noodles Sdn. Bhd.
All Rights Reserved.